Sistem Pewarisan Perniagaan Syariah
AT-TIJARAH: Sistem pewarisan perniagaan (Business Succession) yang membantu pemegang saham syarikat mewariskan saham-saham mereka kepada sesiapa yang dikehendaki, mengikut hukum Syariah dan mengelakkan masalah pengurusan biasa.
PERBALAHAN & KESUKARAN: Isu pengurusan biasa yang dihadapi apabila pemegang saham syarikat meninggal dunia tanpa perancangan pewarisan yang baik.
Waris perlu memulakan prosiding harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi Sivil
Untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir harta pusaka
Setiausaha Syarikat pindah milik saham kepada nama dalam surat kuasa mentadbir
Pentadbir pegang saham bagi pihak waris-waris yang berhak ikut hukum faraid
Pentadbir tidak amanah / menyelenggeng, atau melengah-lengahkan pindah milik saham
Proses mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir mungkin memakan masa yang panjang
Waris dapat saham walaupun tiada pengetahuan tentang perniagaan
Skenario: Salah seorang penandatangan cek meninggal dunia. Penandatangan juga merupakan ahli lembaga pengarah.
Sehingga penandatangan baru dilantik
Kerana ahli lembaga pengarah baru diperlukan
Syarikat tidak boleh beroperasi dengan normal
SOLUSI: AT-TIJARAH menyediakan sistem pewarisan perniagaan yang komprehensif untuk memastikan saham dapat diwariskan kepada sesiapa yang dikehendaki & mengikut kaedah pengurusan yang ditetapkan.
Memindahkan saham kepada penerima pilihan melalui dokumen hibah yang sah di sisi Syariah.
Hibah dengan syarat amanah untuk mengawal pengurusan dan agihan hasil syarikat.
Perjanjian antara semua pemegang saham untuk pengurusan syarikat yang teratur.
| Aspek | Kaedah Biasa | AT-TIJARAH |
|---|---|---|
| Tempoh Penyelesaian | 6 bulan - 2 tahun | 30 - 90 hari |
| Status Harta | Termasuk dalam harta pusaka | Terkeluar dari harta pusaka |
| Penerima | Waris mengikut faraid sahaja | Sesiapa sahaja termasuk bukan waris |
| Isu Penandatangan Cek | Boleh terhenti operasi | Penggantian dirancang |
Mengapa AT-TIJARAH penting untuk usahawan Muslim? Sistem ini direka untuk menyelesaikan masalah pewarisan perniagaan yang kompleks dengan cara yang selari dengan hukum Syariah.
Kaedah pembahagian harta dengan lebih tepat mengikut kehendak pemilik asal.
Proses pewarisan lebih mudah dan cepat berbanding kaedah konvensional.
Harta yang dihibahkan terkeluar daripada pusaka (tidak perlu difaraidkan).
Harta yang dihibah tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak lain.
Boleh dihibahkan kepada sesiapa sahaja termasuk waris yang tidak menerima harta faraid.
Memastikan perniagaan terus dimanfaatkan oleh waris/benefisiari yang layak menguruskan syarikat.
Keuntungan syarikat dapat dinikmati oleh semua waris-waris secara adil.
Semua dokumen dan proses mengikut peruntukan undang-undang Syariah.
AT-TIJARAH menawarkan tiga pilihan perancangan pewarisan perniagaan mengikut keperluan dan keinginan anda.
(Pemberi Hibah)
Disediakan semasa hayat
Terima saham selepas kematian
Sesuai untuk: Usahawan yang ingin terus memindahkan saham kepada penerima pilihan tanpa syarat tambahan.
(Pemberi Hibah)
+ Surat Ikatan Amanah
Terikat dengan syarat amanah
Sesuai untuk: Usahawan yang ingin mengawal pengurusan syarikat selepas kematian dan memastikan visi perniagaan diteruskan.
(Pemberi Hibah)
(Pemberi Hibah)
Sesuai untuk: Syarikat yang mempunyai pelbagai pemegang saham dan memerlukan perjanjian pengurusan yang komprehensif.
Syarikat menawarkan tiga (3) pilihan pakej untuk pemegang saham. Pilih mengikut keperluan dan kemampuan anda.
Bergantung kepada keperluan pemegang saham, mana-mana satu, dua atau ketiga-tiga dokumen berikut akan disediakan:
Disediakan apabila pemegang saham ingin mewariskan sahamnya kepada penerima/penerima-penerima hibah.
Disediakan apabila pemegang saham ingin penerima hibah menerima saham sebagai pemegang amanah kepada benefisiari.
Disediakan apabila semua pemegang saham bersetuju menentukan pengurusan syarikat dan agihan hasil.
Dapatkan khidmat nasihat percuma mengenai mekanisme hibah saham syarikat mengikut Syariah.
Perunding Perwarisan Perniagaan
• Perancangan Pewarisan Perniagaan
• Hibah Saham Syarikat
• Perjanjian Pemegang Saham